• Home
  • MoHKLIK
  • Informasi
  • Keselamatan Makanan

MEMAHAMI KEPENTINGAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN

Apakah maksud keselamatan makanan?

Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain.

Mengapa makanan kita mesti bersih?

Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan lain-lain.

Apakah perkara-perkara asas yang perlu diutamakan untuk memastikan makanan yang bersih?

  • Kebersihan bahan mentah.
  • Pengendalian makanan yang bersih.
  • Kebersihan diri pengendali makanan.
  • Keperluan kesihatan asas yang mencukupi.
  • Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih.
  • Rekabentuk premis makanan dan peralatan yang sesuai.
  • Penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul.