Bell -Super 7
Ikon kepada aspek keselamatan makanan yang melibatkan kaedah mencuci tangan dengan cara yang betul.
Bertukar menjadi Super 7 untuk membantu menunjukkan cara mencuci tangan mengikut tujuh langkah yang betul
Khoo -Wira Ceria
Menjadi contoh kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan kebersihan diri.
Sentiasa kemas dan rapi dalam penampilan diri dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Memberi tunjuk ajar mengenai amalan kebersihan diri.
Ashok - Anti Bac
Pembasmi utama kuman yang menjadi punca keracunan makanan. Arif mengenai jenis kuman, punca dan cara membasmi kuman.
Ary-Diva Saji
Peka kepada cara pengendalian makanan dan cara ia dimasak
Cerewet dan berhati-hati dalam memilih tempat makan yang bersih sama ada di kantin,warung atau restoran.
Berkeupayaan menghapus agen penyebab keracunan makanan.
Wawa - Deria Bionik
Amat Sensitif kepada keadaan fizikal makanan
Mempunyai keupayaan luar biasa untuk mengesan makanan yang basi, berbau dan tidak selamat dimakan.
Bijak memilih makanan yang bersih dan selamat.